Showing posts with label BERKUMPULAN. Show all posts
Showing posts with label BERKUMPULAN. Show all posts
Monday, 17 February 2014
Sabarlah Wahai Sahabat
Assalamulaikum... sahabat yang kami sayangi kerana redhanya sekalian,Ape kabar imanmu?? harap baik2 sahaja.. Sebelum mula membaca bingkisan hati kami warga macam comeljer95 ni, sama-samalah kita selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Sabar ? apa itu sabar.? erm..
SIFAT sabar sangat penting dididik dalam hati dan diri seseorang terutama apabila menghadapi ujian dan musibah. Dalam kehidupan, Allah akan sentiasa menguji kita, kerana ujian itu adalah untuk menilai sejauh mana kesabaran dan keimanan kita kepada-Nya.
Ramai manusia yang kecundang dengan ujian Allah kerana tiada sifat sabar. Begitu juga kerana tidak dapat mengawal diri daripada segala ujian dan pahit getir hidup dengan bersabar. Ujian Allah dalam pelbagai bentuk tidak mengira pangkat dan kedudukan. Apatah lagi bagi mereka yang beriman dan kuat beribadat.
Puasa di bulan Ramadan juga sedikit sebanyak mendidik sifat sabar dalam hati dan diri seseorang. Sabar daripada lapar dan dahaga sebagaimana yang dirasai golongan yang kurang bernasib baik. Begitu juga bersabar melakukan ibadat sunat sepanjang bulan mulia tersebut.
Dalam al-Quran terdapat 49 ayat yang menjelaskan dan menceritakan sifat kesabaran. Antaranya Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 153).
Orang yang beriman mestilah mendidik hati dan dirinya dengan sifat sabar yang dapat mengangkat dirinya ke arah ketakwaan. Melalui sifat sabar dalam amalan-amalan lain, terutamanya solat akan dapat mendekatkan diri seseorang dengan Allah.
Selanjutnya, Allah berfirman lagi: Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 155).
Jelaslah, orang-orang yang sabar dengan ujian Allah berkaitan dengan ujian ketakutan, kelaparan, cuaca panas, banjir, kekurangan harta dan jiwa akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah. Balasan tersebut merupakan pahala dan juga hikmah yang lain, yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Berkaitan dengan orang yang sabar Allah berfirman: Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir. (al-Anf'al: 66).
Cendekiawan Islam pernah menyatakan, kita jangan terlalu menginginkan semua berlangsung seperti yang kita kehendaki, tetapi sabarlah dengan kejadian yang berlangsung sebagai apa yang sudah berlangsung sehingga kita tetap tenang dan tenteram. Kita semua tidak berjaya mendapatkan apa yang kita sukai, melainkan kita bersabar pada perkara yang kita tidak senangi.
Bukti kesabaran Rasulullah SAW dalam tempoh 23 tahun baginda mengajak penyembah berhala, kaum Yahudi dan Nasrani kepada tauhid yang murni dengan dakwah yang mantap. Sifat sabar baginda menghadapi tuduhan, cacian dan tentangan akhirnya terbukti apabila orang musyrik masuk memeluk agama Allah dan menyanjung tinggi syiar Allah. Berkaitan dengan sifat sabar Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan." (riwayat Ath Thabrani dan Al Baihaqi).
Begitulah tingginya tahap sifat sabar dalam diri seseorang. Sementara rasa keyakinan adalah keseluruhan kepada keimanan seseorang. Dalam menjalani kehidupan sifat sabar dan yakin sangat penting bagi mencapai kejayaan sama ada dalam ujian, permasalahan hidup dan juga ketika menghadapi musibah.
Selanjutnya Nabi SAW mengingatkan dalam sabdanya: Sabar yang sebenarnya adalah sabar pada saat bermulanya musibah. (riwayat Al-Bukhari).
Sebagai manusia yang beriman, seharusnya tidak mudah tewas dengan apa juga ujian Allah. Sabar menerima ujian tidak mudah putus asa, tidak resah gelisah dan hilang sabar dengan sedikit kesulitan atau cabaran hidup biarpun ia menjanjikan sesuatu kejayaan dan kebaikan.
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA,
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN,
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. :)
Sunday, 9 February 2014
MUSLIMAH
Oh Muslimah ....?

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk membaca dan mentabburi al-qur'an
aq sibuk mendengarkan lagu picisan yang tak membuat qu makin dekat dengan-Nya
aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk menambah hafalan ayat-ayat cinta Allah
aku malah asik mengahafal lagu-lagu yang melalaikan ku dari-Nya
aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain makin memanjangkan jilbabnya
aku malah merasa risih dengan jilbab yang terlalu panjang
aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk menuntut ilmu-Nya
aku malah sibuk dengan urusan dunia yang membuat jarak dengan-Nya
aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain malu untuk menampakkan wajah dan fotonya
aku malah sibuk meng-upload foto-foto agar bisa dilihat semua orang
aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain berusaha menundukkan pandangannya
aku sibuk memperhatikan ketampanan wajah yang bukan mahram ku
aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain menjaga hubungan dan jarak dengan lawan jenisnya
aku malah terbiasa duduk berdekatan dengan pria
aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain berkata dan berbincang tentang hal yang bermanfaat
aku senang membicarakan aib dan kejelekan orang lain
aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain menjaga kata-katanya dengan baik
aku terlalu sering menyakiti hati orang lain dengan lisan ku
aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain belajar untuk terus mempercantik hati dan akhlaknya
aku lebih asik memperhatikan fisik diri ku saja
aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain senang berpuasa sunnah
aku lebih memilih selalu mengenyangkan perut ku
aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain bangun di sepertiga malam untuk bermunajat pada-Nya
aku lebih memilih berselimut dan tidur sepuasnya
aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk untuk berdakwah di jalan-Nya
aku lebih memilih santai dan menonton tv di rumah
aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk ingin mendapat ridho dan cinta-Nya
aku malah sibuk ingin mendapat sanjungan dan cinta makhluk-Nya saja
aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain gelisah di saat imannya menurun
aku malah semakin lalai dengan dunia
aku memang bukan muslimah yang baik
namun, aku berharap bisa menjadi seperti muslimah lain yang istiqomah berjuang untuk mendapatkan cinta-NyaYa Rabb ampuni muslimah yang tidak baik ini.
semoga Engkau senantiasa membimbing muslimah yang tidak baik ini agar menjadi lebih baik di hadapan-Mu... amin...
Wednesday, 22 January 2014
whats is the "Usrah"??
APA YANG DINAMAKAN DENGAN USRAH?
Dari segi bahasa : perkataan usrah (bahasa Arab) bermaksud keluarga. Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menyatakan, usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama dan sebagainya.
Dari segi istilah : usrah ialah ikatan perpaduan yang dibina atas dasar iman dan Islam dengan berusaha tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam; berusaha mempertingkatkan ilmu dan amal, dan menghindari maksiat dan permusuhan berdasarkan firman Allah (maksudnya):
“...Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah.....” [Al-Maa-idah, 5:2]
TERDAPAT TIGA PERKARA PENTING DALAM USRAH IAITU:
Bila Usrah Mula Diperkenalkan?
Usrah mula dipopularkan oleh gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir di bawah pimpinan Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna pada tahun 1928. Beliau telah menulis sebuah risalah yang bertajuk “ Usrah dan Dakwah” antara lain menggariskan konsep asas, perlaksanaan serta aplikasi usrah.
Namun, tidak dinafikan sebelum itu juga terdapat banyak inisiatif dan pendekatan berkonsepkan usrah yang diguna pakai oleh pelbagai gerakan Islam yang cuba melakukan pembaharuan terhadap Islam yang semakin terpinggir ketika itu. Malah jika diteliti secara lebih terperinci sirah Nabi Muhammad s.a.w, konsep usrah telah pun bermula ketika Nabi mengumpulkan golongan terawal yang memeluk Islam di rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam di Mekah bagi menyampaikan wahyu-wahyu yang diturunkan melalui perantaraan Jibril kepada baginda.
Kenapa Usrah Penting?
Pertama kerana ia adalah sunnah Rasulullah s.a.w seperti yang diterangkan di atas. Pastinya dengan melaksanakan sunnah kita akan diganjari dengan pahala yang bukan sedikit.
Kedua, usrah mampu melahirkan individu Muslim yang soleh dan solehah. Pelbagai ancaman luaran seperti fenomena murtad, syiah, budaya hiburan melampau (hedonisme), agenda Yahudi, fahaman kebebasan mutlak (liberalisme) dan banyak lagi hanya mampu dibendung oleh individu Muslim yang sempurna aqidahnya, benar ibadahnya serta cantik akhlaknya.
Ketiga, usrah menjana sendi-sendi kekuatan umat Islam seperti persaudaraan, kefahaman agama dan kekuatan teknologi. Lompong-lompong inilah yang menyaksikan umat Islam ditindas, dibantai dan dizalimi di seantero dunia tanpa pembelaan yang sewajarnya.
# Bahkan banyak lagi kepentingan usrah yang lain jika kita perhalusi dengan lebih mendalam. Mudahnya, jika masa kita tidak diisi dengan agama, secara fitrah ia akan terisi dengan pelbagai anasir negatif yang merugikan.
KEMBAR IMAN ITU UKHUWWAH
Tidak syak lagi, ukhuwwah itu amat penting dalam setiap penjuru kesinambungan hidup. Ibarat biri-biri yang bersendirian di tengah padang, mudah saja menjadi mangsa serigala. Namun, andaikan biri-biri sentiasa bergerak dalam kumpulan, serigala pun takut mendekati kerana yang banyak itu tentunya tampak lebih kuat.
Begitu juga perihalnya kita sebagai manusia. Bertindak secara jemaah itu sangat penting agar survival dakwah lebih kuat dan berjalan lancar. Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” [Ash-Shaff, 61:4]
Dalam meneruskan kehidupan sehari-harian, kita tidak terlepas daripada godaan syaitan dan tuntutan nafsu yang mengajak menuju kemurkaan-Nya. Iman di dada acapkali turun naik dalam pertarungan antara yang hak dan batil. Di sinilah, ukhuwwah memainkan peranan mega kerana sahabat yang baik akan saling mengingatkan antara satu sama lain.
Firman Allah:
“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”[Adz-DZaariyaat, 51:55]
Apabila ada yang hampir tergelincir daripada landasan haq, di situlah akan ada teman yang menyelamatkan.
Apabila ada yang semakin lari daripada tuntutan Islam sebenar, di situlah akan ada teman yang mengejar memanggil pulang.
PEMBUDAYAAN ILMU YANG BERTERUSAN
Pengisian dalam liqo’ usrah adalah satu bentuk muzakarah ilmu yang memang sangat digalakkan oleh Islam. Ilmu itu sangat penting, dan sesungguhnya Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu. Allah S.W.T ada berfirman:
“Katakanlah: ‘Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’ Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” [Az-Zumar ,39:9]
Dengan ilmu, seseorang itu dapat membezakan antara yang hak dan batil. Dengan ilmu jualah seseorang itu mampu menyebarkan risalah dakwah kepada orang lain.
Jika diselak sejarah lampau, antara faktor kekuatan empayar Islam suatu ketika dahulu adalah daripada sikap tamadun semasa yang sangat menghargai dan membudayakan ilmu pengetahuan. Nah, bukankah kita ingin mengembalikan zaman kegemilangan Islam?
Walaupun perkongsian ilmu dalam liqo’ bersifat lebih santai dan tidak termasuk dalam silibus pembelajaran, tetapi setiap butir kalimah yang dikongsi itu akan bercambah dengan baik jika bijak memanfaatkannya. Dan sesungguhnya, hanya Allah jua yang layak menilai sejauh mana usaha kita mencari ilmu pengetahuan ke arah menggarap hidayah daripada-Nya.
Siapa Yang Boleh Menyertai Usrah?
Berbeza dengan situasi ketika mula-mula diperkenalkan, usrah kini boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang berminat. Jika syarikat penerbangan tambang murah terkenal, Air Asia begitu sinonim dengan slogan “Now Everyone Can Fly” (Kini Semua Orang Boleh Menaiki Kapal Terbang), mungkin kita perlu mempopularkan slogan yang serupa untuk menggalakkan orang ramai menyertai usrah iaitu “Kini Semua Orang Boleh Berusrah”!
Penggiat seni tanahair pun ada usrah yang dinamakan Usrah Fitrah. Kita bila lagi?
Di Mana Usrah Biasa Diadakan?
Dewasa ini, usrah telah diterima umum sebagai sebuah institusi berkredibiliti untuk membentuk individu Muslim dan telah dilaksanakan di pelbagai tempat. Ini termasuklah sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, masjid dan surau, pelbagai pejabat agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).
Pendek kata ia dijalankan di mana-mana sahaja. Yang menariknya, ketika ramai ahli Ikhwanul Muslimin dipenjarakan oleh rejim zalim Presiden Gamal Abdul Nasser di Mesir suatu ketika dahulu, usrah turut diadakan di dalam penjara!
Bagaimana Perlaksanaan Usrah?
Usrah lazimnya diadakan seminggu sekali, namun kekerapannya mungkin berbeza-beza mengikut kesesuaian dan persetujuan ahli kumpulan. Biasanya ia dimulakan dengan bacaan Al-Quran, kemudian diikuti dengan pelbagai agenda lain antaranya tafsir Al-Quran, pengajaran hadis, sirah Nabi, perbincangan masalah feqah, berita dunia Islam, kajian buku serta penyelesaian masalah ahli.
Selain sesi perjumpaan berbentuk dalaman, aktiviti-aktiviti luar turut diadakan bagi memperkaya dan memperkukuh objektif perlaksaaan usrah. Antaranya termasuklah qiamullail (solat malam), berpuasa, sukan dan rekreasi, perkelahan, perkhemahan, konvoi menjelajah, aktiviti kemasyarakatan, seminar serta banyak lagi.
SALAH TANGGAPAN TERHADAP USRAH
Konsep pemahaman awam yang SALAH tentang usrah :
Usrah yang sebenarnya adalah berdasarkan konsep ukhuwwah yang menuju keredhaan-Nya. Usrah tidak berbentuk rigid dan skema, serta bukan berdasarkan konsep halaqah atau liqo’ semata-mata.
Usrah perlu dibezakan dengan kuliah, perbincangan atau majlis-majlis ilmu yang lain.
Majlis-majlis ilmu boleh didapati dalam usrah, tetapi majlis ilmu tidak semestinya usrah.
Usrah mencakupi aspek yang luas, seperti definisi bahasanya yang bermaksud keluarga.
· Jika hubungan sesama ahli keluarga adalah rapat dan saling mengasihi, maka itulah ciri-ciri usrah.
· Jika sesama ahli keluarga boleh berkongsi pendapat dan masalah, maka itulah pengisian usrah.
· Jika masa yang ada sering diluangkan bersama dalam keluarga seperti makan bersama, bermain bersama, maka itulah amalan dalam usrah.
Apa tunggu lagi? jom USRAH....................

- TA'ARUF (BERKENALAN)
- TAFAHUM (SALING MEMAHAMI)
- TAKAFUL (TOLONG MENOLONG)

- Usrah adalah kelompok kecil (halaqah) yang membincangkan hal-ehwal agama semata-mata (seperti definisi daripada Kamus Dewan di atas).
- Usrah berbentuk diskusi yang dilakukan di surau atau masjid sahaja.
- Usrah berbentuk satu hala, naqib menyampaikan dan ahli usrah mendengar sahaja.
Usrah yang sebenarnya adalah berdasarkan konsep ukhuwwah yang menuju keredhaan-Nya. Usrah tidak berbentuk rigid dan skema, serta bukan berdasarkan konsep halaqah atau liqo’ semata-mata.
Usrah perlu dibezakan dengan kuliah, perbincangan atau majlis-majlis ilmu yang lain.
Majlis-majlis ilmu boleh didapati dalam usrah, tetapi majlis ilmu tidak semestinya usrah.
Usrah mencakupi aspek yang luas, seperti definisi bahasanya yang bermaksud keluarga.
· Jika hubungan sesama ahli keluarga adalah rapat dan saling mengasihi, maka itulah ciri-ciri usrah.
· Jika sesama ahli keluarga boleh berkongsi pendapat dan masalah, maka itulah pengisian usrah.
· Jika masa yang ada sering diluangkan bersama dalam keluarga seperti makan bersama, bermain bersama, maka itulah amalan dalam usrah.
Apa tunggu lagi? jom USRAH....................
"Sebenaaaarrrnyaaa........"
Sebenarnya..
Dalam banyak-banyak kisah, kisah perjuangan menegakkan kebenaran adalah kisah yang sangat 'predictable' jalan ceritanya.
1) Pejuang kebenaran mula diperkenal.
2) Pejuang kebenaran dipersiap untuk perjuangan yang panjang.
3) Pejuang kebenaran menghadapi tentangan dari segenap penjuru termasuklah daripada mereka yang terdekat padanya.
4) Pejuang kebenaran terus bertahan biarpun ujian yang berat menimpa.
5) Pejuang kebenaran menerima bantuan daripada Allah
6) Pejuang kebenaran beserta teman seperjuangannya bersabar menghadapi dugaan.
7) Final showdown.
8) Penentang kebenaran akhirnya tewas dengan izinNya.
9) Pejuang kebenaran dan teman seperjuangannya meraih hasil kemenangan dengan penuh gembira.
10) Pejuang kebenaran dan teman seperjuangannya lived happily ever after (di Syurga kelak insyaAllah).
***
Sebenarnya..
Pada langkah pertama perjuangan menegakkan kebenaran,
kita dah boleh tahu 'ending'nya bagaimana.
Kebenaran akan menang juga dengan izinNya.
Kita dah tahu intro, perkembangan, klimaks pertama, klimaks kedua, dan juga peleraian.
Tapi, adakah ianya semudah yang disangka?
***
Sebenarnya..
Ramai yang tahu perjuangan menegakkan kebenaran,
menjanjikan ganjaran yang sangat indah buat dirinya.
Dan ganjaran tersebut adalah benar serta pasti,
kerna ianya dijanjikan oleh Allah yang Maha Esa.
Tetapi tidak ramai yang nak turut serta.
Mengapakah?
***
Sebenarnya..
Jalan cerita yang kelihatan mudah,
tidak menjanjikan perjalanan cerita yang indah.
Kerna jika ianya indah,
maka tiadalah Nabi Musa a.s. ditakdirkan berdakwah kepada Firaun,
dalam keadaan dirinya hanya berdua dengan Harun dan beliau gagap berbicara.
maka tiadalah Nabi Nuh a.s. ditakdirkan membina bahtera yang besar,
dalam keadaan dirinya digelar sebagai orang gila oleh ahli keluarganya sendiri.
maka tiadalah Nabi Muhammad s.a.w. ditakdirkan kehilangan orang yang tersayang,
dalam keadaan dirinya memerlukan pendukung yang akan bersamanya sentiasa.
dan banyak lagi kisah-kisah yang sekiranya diselami,
pasti bukanlah pilihan para pengecut yang ingin bersenang-senangan di Dunia ini.
***
Sebenarnya..
Jalan ini sudah lama terbentang.
Persoalannya, mahukah anda bersamanya?

Monday, 20 January 2014
Baca Sat Naaa...
Assalamualaikum..
Awak, Awak..Awak..Kamu...,
Jom.. jom.. Jom, Jom kita jadi baik, Jom!!
kita sama-sama jadi baik boleh?? Sebelum ni kalau kita suke lengah-lengahkan solat..Cube start dari hari ni, kite solat diawal waktu.Kalau dulu kita jarang selak-selak quran. apa kata kita sama-sama cube bace quran walau 1ayat 1hari, bila dah try buat ,nanti kita akan rasa nak baca dan baca lagi ayat seterusnya,dan lagi nak baca sampai la dah habis satu juzuk..Sape tau kan???
Sebelum ni kalau kita asyik duk melatah "oohh mak hang jatuuh terbaalikk""opocot mak hangg.." "dan bla bla bla lagi mak..." (sian ! nama makjugak yang asyik duk naikknye,hehe) kita ubah la jadi Ya ALLAH,Astaghfirullahalazim, Allahuakbar, kan sedap sikit dengar.. Takdela doa bukan-bukan dengan sebut nama mak masa melatah..hehe..
Kalau sebelum ni kita duduk saja taktau nak buat apa,kom! kita zikir jom.. Contohnya, kita zikir Ya Aziz banyak-banyak,nanti rezeki kita murah,datang tak disangka-sangka..Kita baca dalam hati pun takpa, Cuba tau?/ Yakin dengan asmaulhusna,Nama-Nama ALLAH, banyak lagi fadhilat dengan baca zikir asmaulhusna..PERCAYAAALAH!!!
Kami suma juga belum cukup baik, belum betul-betul baik..tapi kami nak jadi orang baik.. Benda ni nampak kecik tapi InsyaALLAH besar dimata ALLAH... Benda ni remeh je, tapi yang remeh ni la kita selalu lupa nak buat kan? start dari hari ini kita sama-sama pandang benda ni besar sebab kita ni bukan sapa-sapa pun,kebergantungan kita hanya pada ALLAH. Oleh itu,kita tak payah la nak riak sangat kalau ada ilmu setinggi langit tapi kita tak amalkan pun benda benda basic macam ni. Kita selalu rasa dah cukup dah,ok dah,aku sembahyang sume,tapi kite lupe nak doa,minta solat kita diterima?? kita pulak doa ya ALLAH ampunkan dosaku,dosa kedua ibubapa ku..tapi kita mungkin lupa nak mintak Allah makbulkan doa-doa mak ayah kita..Pahni,kita cube buat tau.... Ingatan buat diri kami juga #wargaMacamComelJer95#
Ewaahh..Ewaahhh... panjang beno membebelnya mengalahkan Pencetus Ummah ni..*sori, terlebih suda* Dak dak,bukan camtu.. kami ni kategori orang yang bertatih mencari redha ILLAHI,Bukan Orang yang bijak pandai dalam bab agama ni,tapi kami suma nak belajoo,rase seronok lagi kalau sume pakat pakat belajar..Kita sama-Sama jadi baik, JOM!! Apa yang kami tulis kali ni adalah untuk remind diri kami jugak yang kami masih kekurangan, amalan pun tak hebat mana,tapi biarlah kita buat yang kecil-kecil secara istiqamah dari langsung tak cube buat,kan???
Jom jaga aurat kita, TUTUP AURAT BUKANNYA BALUT AURAT.....
ps: aurat wanita--->seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan
aurat lelaki---> Dari pusat hingga ke lutut..
~~~~~Moga Allah Redah~~~~
Awak, Awak..Awak..Kamu...,
Jom.. jom.. Jom, Jom kita jadi baik, Jom!!
kita sama-sama jadi baik boleh?? Sebelum ni kalau kita suke lengah-lengahkan solat..Cube start dari hari ni, kite solat diawal waktu.Kalau dulu kita jarang selak-selak quran. apa kata kita sama-sama cube bace quran walau 1ayat 1hari, bila dah try buat ,nanti kita akan rasa nak baca dan baca lagi ayat seterusnya,dan lagi nak baca sampai la dah habis satu juzuk..Sape tau kan???
Sebelum ni kalau kita asyik duk melatah "oohh mak hang jatuuh terbaalikk""opocot mak hangg.." "dan bla bla bla lagi mak..." (
Kalau sebelum ni kita duduk saja taktau nak buat apa,kom! kita zikir jom.. Contohnya, kita zikir Ya Aziz banyak-banyak,nanti rezeki kita murah,datang tak disangka-sangka..Kita baca dalam hati pun takpa, Cuba tau?/ Yakin dengan asmaulhusna,Nama-Nama ALLAH, banyak lagi fadhilat dengan baca zikir asmaulhusna..PERCAYAAALAH!!!
Kami suma juga belum cukup baik, belum betul-betul baik..tapi kami nak jadi orang baik.. Benda ni nampak kecik tapi InsyaALLAH besar dimata ALLAH... Benda ni remeh je, tapi yang remeh ni la kita selalu lupa nak buat kan? start dari hari ini kita sama-sama pandang benda ni besar sebab kita ni bukan sapa-sapa pun,kebergantungan kita hanya pada ALLAH. Oleh itu,kita tak payah la nak riak sangat kalau ada ilmu setinggi langit tapi kita tak amalkan pun benda benda basic macam ni. Kita selalu rasa dah cukup dah,ok dah,aku sembahyang sume,tapi kite lupe nak doa,minta solat kita diterima?? kita pulak doa ya ALLAH ampunkan dosaku,dosa kedua ibubapa ku..tapi kita mungkin lupa nak mintak Allah makbulkan doa-doa mak ayah kita..Pahni,kita cube buat tau.... Ingatan buat diri kami juga #wargaMacamComelJer95#
Ewaahh..Ewaahhh... panjang beno membebelnya mengalahkan Pencetus Ummah ni..*sori, terlebih suda* Dak dak,bukan camtu.. kami ni kategori orang yang bertatih mencari redha ILLAHI,Bukan Orang yang bijak pandai dalam bab agama ni,tapi kami suma nak belajoo,rase seronok lagi kalau sume pakat pakat belajar..Kita sama-Sama jadi baik, JOM!! Apa yang kami tulis kali ni adalah untuk remind diri kami jugak yang kami masih kekurangan, amalan pun tak hebat mana,tapi biarlah kita buat yang kecil-kecil secara istiqamah dari langsung tak cube buat,kan???
Jom jaga aurat kita, TUTUP AURAT BUKANNYA BALUT AURAT.....
ps: aurat wanita--->seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan
aurat lelaki---> Dari pusat hingga ke lutut..
~~~~~Moga Allah Redah~~~~
Saturday, 11 January 2014
MUSLIMAH MULIA DENGAN MENUTUP AURAT
بِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•* ♥ Muslimah mulia dengan menutup aurat. ♥`*•.¸¸.•* ♥♥`*•.¸¸.• ♥♥`
Muslimah mulia dengan menutup aurat.
Allah menyayangi wanita.
Allah menyuruh wanita menutup aurat di depan umum.
Syaithan membenci wanita.
Syaithan menyuruh wanita membuka aurat di depan umum.
Banyak wanita tidak merasa disayang Allah.
Tidak merasa dibenci syaithan.
Banyak wanita membuka aurat di depan umum.
Tidak malu, tidak merasa bersalah.
♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•* ♥♥`*•.¸¸.•* ♥♥`*•.¸¸.• ♥♥
Kemuliaan itu ternyata ada 2 macam:
1. Mulia menurut Allah.
2. Mulia menurut Syaithan.
Banyak orang mau mulia menurut syaitan.
Banyak orang tidak mau mulia menurut Allah.
Di kala wanita merasa mulia dengan pamer aurat di depan umum, itulah pemuliaan terhadap syaitan.
Dimana syaitan dimuliakan. Disana Allah direndahkan. Astaghfirulloh.
KITA MESTI BERJUANG LEBIH KERAS LAGI AGAR SEMUA MUSLIMAH MENDAPAT HIDAYAH.
Aamiin yaa Robbal ‘alaamiin ^_^
syukron^__^
Friday, 10 January 2014
Jom! Basahi Lidah Dengan Zikrullah
JOM SAMA2 KITA MUHASABAH DIRI trutamanya untk diri kami juga yg lmah dan jahil ini...
Sebenarnya makanan yang paling diperlukan dan memberi nutrisi yang secukupnya kepada hati ialah Zikrullah, yang bermakna zikir kepada Allah.
Bayangkan bila perut anda semua lapar, sudah tentu makanan akan dicari dengan segera. Sehinggakan bila lapar ketika tengah malam pun sanggup untuk keluar mencari McD, KFC,Seven Eleven dan segala jenis kedai makanan yang dibuka 24 jam. Sanggup bersusah payah keluar rumah walaupun ketika itu mata sudah mengantuk dan badan sedang keletihan kerana perut kita kelaparan.
Tetapi mengapa bila hati anda lapar, anda sanggup biarkan hati anda kebuluran? Sedangkan lapar hati juga seperti laparnya perut. Bila bergurindam mulalah nak mencari makanan, tetapi bila lapar hati hanya sesetengah manusia sahaja yang mencari Allah s.w.t.
Oleh yang demikian, kami menyeru kepada sahabat dan sahabiah semua. Jangan biarkan hati kita lapar, kerana bila hati kita lapar tidak mustahil hati kita akan mati kegelapan tanpa sinar hidayah daripada Allah s.w.t.
Monday, 6 January 2014
Ayuh Kita Bangkit
“Hampir terjadi keadaan yang mana ummat-ummat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang makan mengerumuni makanannya. “
Salah seorang sahabat berkata; “Apakah karena sedikitnya kami ketika itu?”
Nabi berkata: Bahkan, pada saat itu kalian banyak jumlahnya, tetapi kalian bagai ghutsa’ (buih kotor yang dihanyutkan air ketika banjir). Pasti Allah akan cabut rasa segan yang ada di dalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian rasa wahn. “
Kata para sahabat: “Wahai Rasulullah, apa Wahn itu?
Beliau bersabda: “Cinta dunia dan takut mati. “
(HR Abu Daud no. 4297, Ahmad 5/278, Abu Nu’aim dalam At Hilyah m.s. 182 dengan dua jalan dan dengan keduanya hadis ini menjadi shohih)
Dimanakah kita sewaktu ramalan Rasulullah itu sudah pun menjelma, dimana saudara-saudara kita di Palestin, Afganistan, Chechnya dan di Iraq sedang di tindas oleH musuh-musuh yang membencikan keharmonian Islam.
Penyakit Wahn sudah pun merebak di setiap lubuk hati seorang muslim dan muslimah.
Pertama: Musuh-musuh Allah dari kalangan tentara Iblis serta pendukung syaitan selalu mengintai-ngintai perkembangan ummat Islam serta negara mereka. Kerana mereka telah melihat penyakit wahn ini telah merasuki kaum muslimin. Penyakit ini telah menyembelih leher-leher ummat Islam. Maka mereka menerkamnya dan menyembunyikan sisanya.
Kaum kuffar dan musyrikin ahlul kitab selalu melakukan hal demikian sejak munculnya fajar islam. Dan ini berlaku ketika daulah Islam yang murni yang diasaskan dan dikukuhkan oleh Rasulullah s.a.w. di Madinah dan sekitarnya.
Ini ditegaskan dalam hadis yang menceritakan tiga orang yang sengaja tidak ikut berperang (HR Bukhari Muslim), sebagaimana dikatakan oleh Ka’ab bin Malik r.a. : “…Ketika aku berjalan di pasar Madinah, tiba-tiba ada seorang petani dari petani-petani negeri Syam yang membawa makanan untuk dijual di Madinah berkata: Siapa yang boleh menunjukkan Ka’ab bin Malik kepadaku? Maka orang ramai memberitahunya , lalu dia datang kepadaku dan menyerahkan kepadaku sepucuk surat dari raja Ghassan. Dan aku adalah seorang yang pandai membaca, maka aku baca surat itu yang tertulis: Amma ba’du, telah sampai kepada kami berita bahawa teman-temanmu bersikap keras kepadamu. Dan Allah tidak akan membiarkanmu berada di negeri yang penuh dengan kehinaan dan kesempitan, maka datanglah dan bergabunglah dengan kami, kami akan melindungimu”
Perhatikan, wahai saudara muslim yang bijaksana dan cuba renungkan, wahai saudara yang dikasihi, bagaimana orang-orang kafir selalu mengawasi berita-berita daulah Islam. Bila ada kesempatan, mereka akan menerkamnya dari segala penjuru. Remaja-remaja Islam mula lalai dengan propaganda barat yang menyebabkan kita hanyut dalam dunia hiburan tanpa 'sempadan'.
1.Remaja di Malaysia sekarang bergembira melakukan kemungkaran sedangkan remaja di Palestin bersedih kerana rumah mereka dirobohkan
2.Remaja di Malaysia bersedih kerana putus cinta sedangkan remaja di Palestin bersedih kerana ibu-bapanya telah syahid
Kedua: Sesungguhnya ummat-ummat kafir saling membantu dan bergabung untuk menyerang Islam, daulahnya, pemeluknya dan para da’inya.
Siapa yang membaca sejarah perang Salib, akan memahami hakikat ini. Dimana Bani Ashfar mempersiapkan pasukannya untuk membinasakan daulah khilafah. Telah jelas hal ini seperti jelasnya cahaya matahari ditengahhari
Dan mereka menyempurnakannya dengan membentuk “Kelompok”, kemudian ‘Badan Organisasi”, kemudian “Dewan”, kemudian “Organisasi dunia”, untuk membakar semangat mereka dengan slogan-slogan. Juga:
Ketiga: Negeri-negeri Islam adalah sumber-sumber kebaikan dan berkah. Maka ummat-ummat kafir ingin menguasainya. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. menyamakannya dengan makanan yang lazat yang membuka selera, maka mereka menyerbunya, dan setiap dari mereka seolah macam singa ingin mendapat bahagiannya.
Ke empat: Orang-orang kafir membuat negeri-negeri Islam menjadi kelompok yang terpecah-pecah dan terpisah-pisah, sebagaimana dalam hadis Abdullah bin Hawalah r.a.: Rasulullah s.a.w.:
“Nanti kamu akan menjadi pasukan yang berpuak-puak. Satu kelompok di Syam, satu kelompok di Iraq, dan satu kelompok di Yaman.” kata sahabat: Berilah pilihan, wahai Rasulullah. Maka beliau bersabda: “Pilihlah yang di Syam, siapa yang enggan, maka yang di Yaman. Dan hendaklah dia minum dari airnya, kerana Allah menjaminkan untukku negeri Syam dan penduduknya. “
Rabi’ah berkata: Aku mendengar Idris Al Khaulani menyampaikan hadis ini dan berkata: “Dan siapa yang dijamin Allah tidak akan rugi.
Bukankah ini realiti umat Islam masakini? Mereka menjadi negara-negara yang terpisah. Tidak punya wibawa.Tidak mempunyai kuasa untuk mengurus samada di dalam dan di luar negerinya dengan bebas. Semuanya diatur oleh orang kafir. Hanya Allah yang kita minta pertolongannya dan kepadanya kita bertawakkal.
Ayuhlah Wahai saudaraku, kita bangkit menentang segala propaganda barat dan bersama-sama mempertahankan Ad-Deen ini, sebelum kita menyesal di hadapan ALLAH nanti..SUBHANALLAH!

Friday, 3 January 2014
Cinta Mengikut Islam
ASSALAMUALAIKUM
"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Memang benar apa yang apa yg terdapat dalam ayat di atas, dan KAMI tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama.Tapi bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.
Di sini KAMI ingin berkongsi apa yang KAMI baca mengenai "Cinta Mengikut Islam" ini;
1 ) Pendam dan luahkan pada Allah
2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya"
"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?"
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.
3) Jauhilah 'bercouple"
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"
"Ana jarang telepon..."
"Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah
4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang.
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.

Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)
(Surah an-Nur ayat 26)
2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai
Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.
Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah. Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya"
"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?"
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.
3) Jauhilah 'bercouple"
Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina" yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di dalam mendekati zina?
Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;
Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"
"Ana jarang telepon..."
"Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang.
5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.
Saudara saudari sekalian, couple ni memang indah tetapi beracun. KAMI tidak mahu rakan-rakan KAMI diluar sana terkena mainan syaitan ini kerana KAMI juga pernah merasainya sekali suatu ketika dahulu. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya menjadi pengajaran buat KAMI.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik. Titik Kelemahan
Seringkali kita mengeluh dan mengadu, mengapa Allah tidak habis-habis menguji kita. Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali. Setelah satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada.
Sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia. Allah yang Maha Mengetahui menguji manusia pada titik-titik kelemahan diri kita. Pada titik-titik yang lemah itulah, bertubi-tubi Allah datangkan ujian kepada hamba-Nya. Di ruang-ruang yang lemah itu Allah datangkan ujian maha berat sehingga manusia merasakan dia tidak lagi terdaya memikulnya.
Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai latihan untuk membina sebuah kekuatan.
Bagaimana?
Seseorang individu yang lemah dalam akademik, maka pada titik akademik itulah Allah mengujinya berkali-kali. Sahabat-sahabat kita ramai yang diuji Allah pada titik akademik. Bukan sekali sahaja mereka diuji, namun berkali-kali. Ada yang mengalami kegagalan dalam 'Continous Assessments' kemudian dalam peperiksaan Akhir musim panas Allah menguji lagi dengan kegagalan walaupun telah berusaha keras.
Ada pula yang dipanggil ke 'Viva' namun masih gagal dan perlu mengharungi ujian musim luruh. Setelah berusaha keras menelaah, masih Allah menguji dengan kegagalan dalam peperiksaan itu sehingga perlu mengulang semula tahun pembelajaran. Malah, ada yang bukan pertama kali perlu mengalami kitaran ujian tersebut, bahkan mungkin pada tahun kedua mahupun tahun ketiga. Di titik akademik itulah Allah berkali-kali datangkan ujian pada mereka agar dengan adanya ujian-ujian itu mereka lebih kuat dan mantap pada sebuah pengharapan. Ya, berharap pada Allah setiap kali ujian datang menjengah.
Seseorang indiviu yang diuji Allah dengan kekurangan harta, maka pada titik harta itulah Allah berterusan mengujinya. Allah uji dengan ketidakcukupan wang dan harta. Allah uji dengan kesempitan rezeki. Allah uji dengan pelbagai masalah yang membutuhkan wang yang banyak.
Seringkali kita tonton drama kehidupan manusia dalam drama-drama di kaca televisyen mahupun layar perak, babak-babak kehidupan manusia yang diuji dengan harta sering dipaparkan. Pelbagai drama ujian melanda seorang yang miskin, diuji dengan kesempitan wang, kemudian diuji pula dengan kehilangan pekerjaan, kemudian diuji pula dengan ahli keluarga yang sakit yang memerlukan belanja besar dan ujian-ujian susulan yang memerlukan wang yang banyak.
Seseorang individu yang lemah dalam perhubungannya sesama manusia, diuji oleh Allah dengan pelbagai masalah melibatkan hubungan sesame manusia. Ada yang diuji dengan penceraian antara suami isteri, ada pula yang diuji dengan pertelingkahan sesame ahli keluarga, ada yang berkelahi anta jiran tetangga ada pula sahabat baik yang diuji dengan perselisihan, dan ada juga yang dikeruhkan hubungan antara pemimpin dengan mereka yang dipimpin. Malah, ada pula pasangan yang bercerai diuji pula dengan hubungan dengan anak-anak yang kian merenggang dan sebagainya. Dititik kelemahan itu Allah datangkan dengan pelbagai ujian yang berat untuk ditanggung manusia.
Seseorang individu yang lemah dalam ketaatan kepada Allah dan terjerumus ke lembah maksiat, maka pada titik maksiat itu Allah mengujinya berulang kali. Allah mengujinya dengan bakaran nafsu yang menyala, dan bisikan syaitan yang menggoda berkali-kali sehingga tewas ke lembah maksiat itu. Adapun, yang cuba bertaubat dan kembali kepada jalan Allah, namun, nafsu dan bisikan syaitan memanggil-manggil untuknya terjun ke lembah maksiat. Maka tiap kali itulah dia tewas dan kembali ingin bertaubat. Namun, Allah datangkan godaan demi godaan sebagai ujian sehingga manusia tewas. Kemudian dia kembali bertaubat, namun, masih lagi Allah mendatangkan kebaikan kepadanya sehingga hamper-hampir sahaja berputus asa dalam kemaksiatan.
Begitu jugalah dengan ujian-ujian Allah dari aspek kelemahan yang lain. Persoalannya, mengapakah Allah menguji kita berulang-ulang kali pada titik kelemahan yang sama malah bertubi-tubi Allah datangkan ujian sehingga kita hampir berputus asa.
Rasulullah s.a.w bersabda;
Seperti air bias memecahkan batu setelah sekian lama menghempapnya, begitu jugalah manusia, konsistensi melalui ujian tersebut adalah resipi untuk mengubah kelemahan menjadi kekuatan. Tidak mudah bukan untuk mengubah kelemahan diri. Bak kata pepatah inggeris " Sometimes we have to learn it the hard way"
Buat mereka yang diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan, bergembiralah wahai kalian, kerana melalui ujian itu Allah pasti menginginkan agar kalian mendapat ilmu dan kefahaman. Melalui kegagalan, kalian akan berusaha keras untuk menelaah, bukan sekali tetapi berkali-kali untuk menguatkan ingatan dan kefahaman. Maka, sungguh Allah memberi limpah karunia berupa ilmu dan kefahaman pada kalian,
Sabda Baginda Rasulullah SAW;
Firman Allah yang bermaksud;

"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Maka, ujian yang Allah datangkan itu sebenarnya adalah untuk memberikan kebaikan kepada kita. Allah sebenarnya ingin memberi kita kekuatan dan menghilangkan dari kita kelemahan-kelemahan tersebut. Maka, Allah menguji kita pada titik yang lemah itu, agar dengan ujian itu, titik lemah itu akan menjadi salah satu kekuatan bagi individu tersebut. Allah ingin mentarbiyah manusia untuk memperbaiki kelemahan diri, maka Allah datangkan cubaan sebagai guru untuk mendidik. Untuk mengubah suatu kelemahan kepada kekuatan, ia memerlukan masa dan konsistensi. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Seperti air bias memecahkan batu setelah sekian lama menghempapnya, begitu jugalah manusia, konsistensi melalui ujian tersebut adalah resipi untuk mengubah kelemahan menjadi kekuatan. Tidak mudah bukan untuk mengubah kelemahan diri. Bak kata pepatah inggeris " Sometimes we have to learn it the hard way"
Buat mereka yang diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan, bergembiralah wahai kalian, kerana melalui ujian itu Allah pasti menginginkan agar kalian mendapat ilmu dan kefahaman. Melalui kegagalan, kalian akan berusaha keras untuk menelaah, bukan sekali tetapi berkali-kali untuk menguatkan ingatan dan kefahaman. Maka, sungguh Allah memberi limpah karunia berupa ilmu dan kefahaman pada kalian,
Sabda Baginda Rasulullah SAW;
"Barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, Ia fahamkan kepadanya tentang agama"
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Buat mereka yang diuji dengan harta, maka bertabahlah, kerana pasti Allah menginginkan kebaikan pada kalian. Berbahagialah dengan janji Rasulullah pada kalian bahawa syurga itu menanti kalian sekiranya dengan kemiskinan dan kesusahan itu, kalian bertakwa kepada Allah.
"Aku
melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya
adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin...."
(Hadis riwayat Muttafaqun 'alaih)
Buat mereka yang diuji melalui hubungan dengan manusia, berbahagiahlah kalian, kerana Allah menginginkan kebaikan pada kalian melalui jalan sabar. Pada ujian itu, Allah ingin mendidik kesabaran, menetapkan hati dan mengukuhkan iman, moga dengan sabar itu, pintu syurga terbuka buat kalian. (Hadis riwayat Muttafaqun 'alaih)
Firman Allah yang bermaksud;
"...
dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi
sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar.."
(Surah al-Furqan ayat 20)
(Surah al-Furqan ayat 20)
Buat mereka yang diuji Allah dengan jalan maksiat, maka berusaha keraslah dan bersabarlah mengharunginya. Kerana sungguh pintu-pintu taubat terbuka luas buat kita. Jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah walaupun merasakan tidak terdaya dan lemas dalam dosa-dosa durjana. Kembalilah kepada Allah. Firman Allah,
"
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui
batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya
Allahmengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani "
(Surah Al-Zumar ayat 53)
(Surah Al-Zumar ayat 53)
Buat umat ini yang diuji Allah, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menempuhinya dengan tabah dan sabar. Berdoalah.
"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: " Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah al-Baqarah ayat 250)
(Surah al-Baqarah ayat 250)
Tuesday, 24 December 2013
Pesan orang alim
Pesan Ulama' pada ku..
"*kalau ada ape2 masalah,banyakkan senyum menyendiri sambil ingat ALLAH,ingat nikmat2 ALLAH yg telah di berikan pd kita..*senyum menurunkan suhu kemarahan..*senyum mengurangkan kesedihan..*senyum memberi kekuatan di kala letih..*senyum memulihkan semangat di kala kecewa..*senyum mgurangkan beban di kala runsing..*senyum ialah anugerah ALLAH yg sgt beharga tp ia bernilai setelah ia di berikan..*senyum ialah sedekah yg paling mudah tetapi ia adalah sgt mahal..*senyum membuatkan org tertarik nak bersahabat dgn kita dan senyum mgiratkan hubungan silaturahim..*Tidak ada sape2 yg terlalu kaya sehingga dia tidak berhajat pd senyuman dan tidak ada sape2 yg terlalu miskin sehingga dia tidak boleh berikan senyuman..*tidak ada sape2 terlalu sombong sehingga hati nya tak lembut dgn senyuman..*senyumlah seperti Rasululloh SAW.."..
-tidak ada mana2 insan pun yg suka tgk org muka masam,muka xpuas hati,muka tegang lalu depan dia..org yg suka buat muka masam dan xreti nak senyum layak di hempuk dgn batang kurma...hehe..
so,SENYUM lah tak perlu kata apa-apa..ahaks...
Friday, 6 December 2013
KISAH WALI ALLAH.....RABIAH AL-ADWIYAH
RABIAH BASRI atau lebih dikenali sebagai Rabiah al-Adwiyah adalah salah seorang wanita yang awal memeluk agama Islam. Dia telah meninggalkan segala-galanya yang bersifat duniawi dan mengabadikan sepenuhnya dirinya kepada ALLAH SWT.
Dia telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Mempunyai empat orang adik beradik. Kelahirannya telah diliputi bermacam-macam cerita yang aneh-aneh. Pada malam dia dilahirkan, di rumahnya tidak mempunyai apa-apa bahkan minyak untuk menyalakan lampu pun tiada. Malahan secebis kain untuk membalut dirinya apabila dilahirkan kelak juga tidak ada. Ibunya meminta ayah Rabiah supaya meminjam pelita minyak daripada jiran mereka. Ini merupakan cubaan bagi si ayah yang malang itu.
Sebelum itu ayahnya telah berjanji kepada ALLAH untuk tidak meminta pertolongan dari sesiapa. Oleh kerana keadaan terdesak maka dia pun pergi juga ke rumah jirannya. Sebaik saja tiba di rumah jirannya, dia terus mengetuk pintu rumah jirannya itu. Malangnya tiada jawapan pun dari dalam rumah itu. Dia berasa lega dan mengucap syukur kepada ALLAH kerana tidak ingkar pada janjinya.
Setelah itu dia pun pulang ke rumahnya dan terus tidur. Pada malam itu dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW. Dalam mimpinya itu Nabi Muhammad SAW telah memberikan tanda kepadanya dengan menyatakan bahawa anaknya yang bakal dilahirkan itu telah ditakdirkan akan menduduki tempat paling tinggi di sisi ALLAH.
Tidak berapa lama setelah Rabiah dilahirkan kedua –dua ibu bapanya telah meninggal dunia, manakala ketiga-tiga orang kakaknya turut meninggal dunia akibat kelaparan yang ketika itu melanda Basra. Rabiatul kemudiannya dipelihara oleh seorang lelaki yang kejam. Dia telah dijual sebagai hamba dengan harga yang rendah. Majikannya juga bengis orangnya.
Dalam usia yang masih muda dia telah menghabiskan waktunya dengan melaksanakan segala perintah tuannya. Manakala sebelah malamnya dia sentiasa berdoa ke hadrat IIiahi.
Pada suatu malam, majikannya telah melihat tanda kebesaran rohani Rabiah iaitu ketika Rabiah berdoa kepada ALLAH katanya: “Ya Rabbi ! Engkau telah menjadikan aku budak belian seorang manusia sehingga aku terpaksa mengabadikan diriku kepadanya. Seandainya aku bebas, pasti aku akan persembahkan seluruh waktu dalam hidupku ini untuk berdoa kepada-Mu”.
Tiba-tiba sebaik saja dia selesai berdoa, ternampak satu cahaya mendekati kepalanya. Melihat kejadian itu majikannya menjadi terlalu takut. Keesokan harinya Rabiah telah dimerdekakan.
Memperhambakan Diri
Setelah dibebaskan, Rabiah pergi ke tempat-tempat sunyi untuk menjalani hidup dengan bertawaduk kepada Tuhan. Akhirnya dia sampai ke sebuah pondok dekat dengan Basra. Di situ dia hidup seperti bertapa. Segulung tikar, sebuah kendi diperbuat daripada tanah, seketul batu bata. Semuanya itu merupakan harta yang dimilikinya.
Di pondok itu keseluruhan waktunya digunakan untuk mengabdikan diri berdoa. Pada suatu hari dia telah didatangi oleh sekumpulan orang bertujuan untuk meminangnya. Orang ramai itu adalah wakil kepada Gabenor Basra. Oleh kerana dia terlalu sibuk mengabadikan dirinya kepada ALLAH maka diapun menolak pinangan itu.
Pada ketika yang lain Sufian Suri seorang soleh dan dihormati datang menemui Rabiah. Sebaik saja dia sampai dia terus berdoa: “Ya ALLAH Tuhan Yang Maha Kuasa, aku mohon harta duniawi dariMu”. Mendengar isi doa itu, Rabiah pun menangis. Lantas Sufian Suri pun bertanya kenapa dia menangis, maka Rabiah pun berkata : “ Harta itu sesungguhnya didapati setelah meninggalkan segala yang bersifat duniawi ini, dan aku melihat anda hanya mencarinya di dunia ini saja”.
Menurut satu riwayat, ada seorang insan telah mengirim wang sebanyak empat puluh dinar kepada Rabiah, lantas dia pun menangis seraya mengangkat tangannya : “Engkau tahu Ya ALLAH ! Aku tidak pernah meminta harta dunia dari Mu, meskipun Engkau pencipta dunia ini. Lantas bagaimana aku dapat menerima wang dari seseorang, sedangkan wang itu sesungguhnya bukan kepunyaannya”.
Setiap kali dia mengajar muridnya dia sentiasa menasihati mereka agar jangan menunjukkan perbuatan baik itu kepada sesiapa pun, malahan mereka diharuskan menutupi perbuatan baik itu sebagaimana mereka menutupi perbuatan jahat mereka.
Segala penyakit datangnya adalah atas kehendak ALLAH kerana itu Rabiah selalu menghadapinya dengan hati yang tabah dan berani. Rasa sakit yang bagaimana pun tidak pernah mengganggunya. Dia seringkali tidak menyedari ada bahagian tubuhnya yang terluka sampai dia diberitahu oleh orang lain.
Suatu hari dia telah terlanggar pokok yang menyebabkan kepalanya berdarah, kemudian seseorang telah bertanya : “Apakah anda tidak berasa sakit?”. Jawab Rabiah “Aku dengan seluruh jiwa ragaku mengabdikan diri kepada ALLAH SWT. Aku berhubung erat dengan-Nya, aku disibukkan-Nya dengan hal-hal lain daripada apa yang kamu rasakan”, jawabnya lembut.
Semasa hayatnya, banyak keajaiban telah dikaitkan dengan Rabiah. Antaranya, Rabiah mendapat makanan daripada tetamunya melalui jalan yang aneh-aneh. Diriwayatkan bahawa, ketika Rabiah sedang menghadapi sakaratul maut, dia meminta teman-temannya meninggalkan dia seorang diri. Kemudian dia mempersilakan para utusan ALLAH datang kepadanya.
Sewaktu teman-temannya berjalan keluar mereka terdengar Rabiah mengucapkan syahadah, dan ada pula suara yang menjawab: “Jiwa, tenanglah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah hatimu pada-Nya, ini akan memberikan kepuasan kepadanya”.
Di antara doa-doa yang tercatat berasal dari Rabiah ialah doa yang dipanjatkannya pada waktu malam di atas atap rumahnya, katanya: “ Oh…Tuhanku, bintang-bintang bersinar bergemerlapan, manusia sudah tidur nyenyak dan raja-raja telah menutup pintunya, tiap orang bercinta sedang asyik dengan kesayangannya dan di sinilah aku bersendirian bersamaMu”.
Manakala doa lainnya :”Ya Rabbi, bila aku menyembahMu kerana takutkan neraka, bakarlah diriku di dalamnya. Bila aku menyembah Mu,kerana mengharapkan syurga jauhkan aku dari sana. Namun jika aku menyembah Mu hanya kerana Engkau, maka janganlah Engkau tutup keindahan abadiMu”.
Rabiah telah meninggal dunia di Basra pada tahun 801 Masihi. Dia telah dimakamkan di rumah tempat dia tinggal. Ketika jenazahnya diusung ke perkuburan, orang-orang soleh, para sufi dan orang-orang Islam turut mengiringinya dalam jumlah yang luar biasa ramainya.
Cintailah ALLAH kerana Dia mencintai kita, tunaikanlah perintah ALLAH kerana Dia akan mengadili kita, buatlah sesuatu yang dituntut semata-mata kerana ALLAH sebab yang akan menilai setiap amal adalah ALLAH.
Apabila kita rapat dengan ALLAH maka sudah semestinya kita akan menjadi orang kesayangan ALLAH dan semua makhluknya, dan pada hari pengadilan nanti sudah tentu ALLAH tidak akan memberatkan pertanyaan ke atas hamba-Nya yang sangat takut kepada-Nya.
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada fahaman-fahaman Yahudi, Nasrani dan fahaman-fahaman karut yang dapat menyesatkan kami, dan selamatkanlah kamu semua di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya akhirat itulaah tempat kami dann tujuan hidup kami”. Amin
KISAH AINUL MARDHIAH.....BIDADARI SYURGA
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).
Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih
Wednesday, 4 December 2013
Hujan Rahmat ALLAH S.W.T
Masuk jer bln November atau Disember mesti ade jer cite2 psl banjirkan.. So, hati2 lah ketika bnjir yer jgn sampai berlaku ape2 yg tak diingini berlaku kat kite mahu pun family kite..hehe.. Kalau banjir mesti bdk2 lh yg tersgt2 happy kn, sebab blh main air banjir*
Saturday, 30 November 2013
Air Mata Keinsafan
Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?
Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...
Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….
Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..
Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…
Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...
Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Subscribe to:
Posts (Atom)