Sebenarnya..
Dalam banyak-banyak kisah, kisah perjuangan menegakkan kebenaran adalah kisah yang sangat 'predictable' jalan ceritanya.
1) Pejuang kebenaran mula diperkenal.
2) Pejuang kebenaran dipersiap untuk perjuangan yang panjang.
3) Pejuang kebenaran menghadapi tentangan dari segenap penjuru termasuklah daripada mereka yang terdekat padanya.
4) Pejuang kebenaran terus bertahan biarpun ujian yang berat menimpa.
5) Pejuang kebenaran menerima bantuan daripada Allah
6) Pejuang kebenaran beserta teman seperjuangannya bersabar menghadapi dugaan.
7) Final showdown.
8) Penentang kebenaran akhirnya tewas dengan izinNya.
9) Pejuang kebenaran dan teman seperjuangannya meraih hasil kemenangan dengan penuh gembira.
10) Pejuang kebenaran dan teman seperjuangannya lived happily ever after (di Syurga kelak insyaAllah).
***
Sebenarnya..
Pada langkah pertama perjuangan menegakkan kebenaran,
kita dah boleh tahu 'ending'nya bagaimana.
Kebenaran akan menang juga dengan izinNya.
Kita dah tahu intro, perkembangan, klimaks pertama, klimaks kedua, dan juga peleraian.
Tapi, adakah ianya semudah yang disangka?
***
Sebenarnya..
Ramai yang tahu perjuangan menegakkan kebenaran,
menjanjikan ganjaran yang sangat indah buat dirinya.
Dan ganjaran tersebut adalah benar serta pasti,
kerna ianya dijanjikan oleh Allah yang Maha Esa.
Tetapi tidak ramai yang nak turut serta.
Mengapakah?
***
Sebenarnya..
Jalan cerita yang kelihatan mudah,
tidak menjanjikan perjalanan cerita yang indah.
Kerna jika ianya indah,
maka tiadalah Nabi Musa a.s. ditakdirkan berdakwah kepada Firaun,
dalam keadaan dirinya hanya berdua dengan Harun dan beliau gagap berbicara.
maka tiadalah Nabi Nuh a.s. ditakdirkan membina bahtera yang besar,
dalam keadaan dirinya digelar sebagai orang gila oleh ahli keluarganya sendiri.
maka tiadalah Nabi Muhammad s.a.w. ditakdirkan kehilangan orang yang tersayang,
dalam keadaan dirinya memerlukan pendukung yang akan bersamanya sentiasa.
dan banyak lagi kisah-kisah yang sekiranya diselami,
pasti bukanlah pilihan para pengecut yang ingin bersenang-senangan di Dunia ini.
***
Sebenarnya..
Jalan ini sudah lama terbentang.
Persoalannya, mahukah anda bersamanya?
No comments:
Post a Comment