Friday, 10 January 2014

Jom! Basahi Lidah Dengan Zikrullah


JOM SAMA2 KITA MUHASABAH DIRI trutamanya untk diri kami juga yg lmah dan jahil ini...

Sebenarnya makanan yang paling diperlukan dan memberi nutrisi yang secukupnya kepada hati ialah Zikrullah, yang bermakna zikir kepada Allah.








Bayangkan bila perut anda semua lapar, sudah tentu makanan akan dicari dengan segera. Sehinggakan bila lapar ketika tengah malam pun sanggup untuk keluar mencari McD, KFC,Seven Eleven dan segala jenis kedai makanan yang dibuka 24 jam. Sanggup bersusah payah keluar rumah walaupun ketika itu mata sudah mengantuk dan badan sedang keletihan kerana perut kita kelaparan.

Tetapi mengapa bila hati anda lapar, anda sanggup biarkan hati anda kebuluran? Sedangkan lapar hati juga seperti laparnya perut. Bila bergurindam mulalah nak mencari makanan, tetapi bila lapar hati hanya sesetengah manusia sahaja yang mencari Allah s.w.t.

Oleh yang demikian, kami menyeru kepada sahabat dan sahabiah semua. Jangan biarkan hati kita lapar, kerana bila hati kita lapar tidak mustahil hati kita akan mati kegelapan tanpa sinar hidayah daripada Allah s.w.t.



No comments:

Post a Comment