Tuesday, 4 February 2014

KEMURUNGAN

Assalamualaikum sebagai pembuka kata daripada saya . Hehe ... setelah sekian lama hari ini baru diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis blog ni ..  Korang nak tau tak ape Sya nak cerita kat korang sekarang ni ?? Ape yang Sya nak kongsi ??  mesti korang akan cakap INGAT AKU KESAH ! ! HAHAHA..  sabar2 . kan sabar itu indah.. maaf la mengade ngade sikit adik-adik , kakak-kakak, abang-abang yang comel2 eh  .. orang excited nak tulis blog macam ni la jadi .. Okey2 !! STOP MEREPEK ! hehe .. korang baca kan tajuk atas tu Sya nak cerita pasal apa ?? So, pasal tu la Sya nak kongsi sikit . Its about KEMURUNGAN .
 
 Korang mesti ada baca surat khabar ke Tengok berita ke yang pasal baru-baru ini berita yang menggemparkan rakyat Malaysia yang berlaku di Bangi,Selangor  apabila seorang bapa mengkelar 3 orang anaknya dan seorang daripada anaknya yang dikelar berusia baru mencecah 7 tahun mati kerana dikelar di leher dan 2 lagi cedera parah . Dalam surat Khabar masa Sya baca berita ni seorang anak dia putus jari kerana di tetak ... Allah hurabbi... sangat menyayat hati masa baca berita pasal ni .. kesian keluarga ni di timpa musibah sebegini . Kesian ibu kepada keluarga ni mesti sedih apabila anak yang dijaganya selama 7 tahun  meninggal akibat dikelar oleh suaminya sendiri .. Harap-harap si ibu ni dapat bersabar dengan dugaan yang diberi oleh Allah. Kerana setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya In Sya Allah.. 

 
 
Hmm dikatakan dalam surat Khabar yang ayah kepada keluarga ini mengalami kemurungan sejak beberapa minggu sebelum mengkelar ketiga-tiga anaknya ..sebelum ni Si ayah ni pun baik jer dengan anak2 dia dan selalu jugak mengajak anak2 dia ni solat berjemaah di surau dan dia ni dikatakan baik la dengan jiran2 yang terdekat .. tetapi apakan daya apabila emosi terganggu dan mengakibatkan kemurungan semua ini terjadi ... MasyaAllah.... mintak2 dijauhkan daripada menjadi sebegini ..
okey la .. di sebabkan berita ini la Sya rasa terdetik nak kongsikn tentang masalah kemurungan ni... korang tau tak ape itu kemurungan ?? okey .. kemurungan atau depression adalah  salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu . ini berlaku di sebabkan seseorang itu berasa putus harapan , hilang semangat untuk meneruskan hidup, berasa sunyi dan banyak lagi faktor2 lain . Jika ia terus berlanjutan, ia akan memberikan kesan yang buruk kepada individu tersebut dan akan berlakunya gangguan emosi ini.
Sebenarnya.. masalah kemurungan ini dapat kita atasi daripada ia terus berlanjutan dengan cara berjumpa dengan kaunselor, elakkan daripada bersendirian, menangis jika mahu untuk melepaskan semua benda yang bersarang dalam fikiran dan yang paling utama ialah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah . Kita sebagai hamba-Nya kena ingat .. besar mana masalah kita hadapi ini .. mengadulah kepada Allah . kerana Allah sentiasa mendengar rintihan hambanya..kan setiap dugaan yang datang ada hikmah yang tersembunyi.. Allah tidak zalim . DIA tidak akan menghukum hamba-hambanya .. Allah memberi ujian kepada kita kerana Dia masih lagi sayangkn kita .. Dia nak dengar suara kita berdoa kepadaNya.. Dia rindu nak mendengar rintihan kita kepadaNYA.. sesungguhnya Allah itu Maha pemurah lagi Maha penyayang... hmm Baiknya Allah kerana sentiasa mendengar rintihan kita kan.. walaupun kita sentiasa melakukan dosa kepadaNya.
  okeyla... untuk mengetahui selanjutnya pasal kemurungan ni .. korang boleh la rajinkan diri baca kat sini tau .. baca tauu !! bukan marah nii.. sayangg je.. haha buka sini
 okey la.. sampai sini je dulu eh .. jika ada salah  silap ada yang terasa ke  tu .. harap dimaafkan eh .. TERIMA KASIH kerana sudi membaca  cerita yang tak seberapa ini hehe XOXO.. Bye2 .. :)
 

No comments:

Post a Comment