Sunday, 16 February 2014

Api...api...api...

Api oh api…..
Assalammualikum…dan salam sejahtera….kepada adik-adik, kakak-kakak, abang-abang  yang macam comel jer tu mai pakat baca cerita kawe ni….sebenarnya kawe dok tau nak cerita ape kerana terlalu banyak sangat cerita…huhuhu,…tetapi kawe nak cerita jugak mengenai pengalaman kawe sendiri yg bertajuk API OH API…..(kawe=aku)
Mai pakat bace…huhuhu
Peristiwa barlaku lapan tahun yg lalu semasa aq berumur 12 tahun darjah enam ….aq ingat lagi masa tu 10 muharam kerana ummi dan abuyah berpuasa 10 muharam…dan mase tu aq baru pulang melawat kakak aq di asrama smka Bandar Penawar….
Cerita bermula begini, selepas pulang drp melawat kakak di asrama, aq melihat banyak daun yg gugur di depan  halaman umah aq….aq ni jenis yg tak boleh tengok sampah sikit almaklumlah pembersih orangnye…huhuhuhu….jadi aq pon sapu sampah tu walaupon daun kering tu basah baru lepas hujan gerimis …  aq pon kumpulkan sampah tu..dan aq bakar ia ….aq bakar punye bakar x hidup-hidup apinye….lepas tu aq naik ke umah aq ternampak satu tin yg berisi minyak yang sedikit…aq pon x tau minyak ape tu…lalu aq terus membawa turun minyak itu dan tanpa berfikir panjang aq cangkung dan aq terus tuangkan minyak tu kat sampah…mase tu tidak ade api kat daun kering tu.
Tiba-tiba …..ALLAHHH…api keluar tapi terlalu besar dan menagkap ku…..aq terkejut lalu aq belari naik ke umah…dan aq merasakan badanku panas ….apabila aq melihat baju ade api….ALLAHHH….aq mule2 rase nak redha terbakar pon terbakarla….akhirnya aq ambil keputusan untuk bukak baju…akhirnya aq berjaya….aq rase macam bermimpi di petang hari dan aq sangat bersyukur kerana aq masih hidup….selepas aq bukak baju aq merasa belakang badan dan tangan kanan aq merasa kebas….serta panas…biasalah api sifatnya adalah panas….jadi aq cari air yg abuyah buat tadahan hujan….aq lalukan air ditempat yg rase panas…sebab aq x dapat melihat kesan drp terbakar kerana belakang badan…(mase tu aq tak nangis dan dapat menenangkan diri) huhuhu…
Akhirnye aq ambik keputusan utk masuk rumah kerana hari senja..dan waktu berbuka puasa dah nak masuk…aq pon masuk dengan senyap-senyap dan dengan tenangnya macam takde ape-ape berlaku…mase tu takut jugak nak bagi tahu ummi dan abuyah…selagi boleh tahan aq tahan ..(orang kuat)…huhuhu….dan  mase tu ummi dan abuyah nak berbuka puasa, jadi aq x nak ganggulah ummi dan abuyah nak berbuka puasa  …
Aq merasa badan ku makin panas….jadi aq ambik keputusan untuk mandi….aq pon mandi…aq lame jugak aq mandi sebab nak nak sejukkan badan yg panas ni…selepas mandi aq terus ke ruang tamu dan duduk bawah kipas utk sejukkan badan kerana aq rase badan ku semakin panas…selepas itu aq seperti tidak dapat tahan kesakitan dan aq menyuruh adik ku memanggil ummi…lalu ummi datang….ummi pon terperanjat…subhanallah…dan ummi panggil abuyah….mase tu aq dah takut dah….takut kene marah …huhuhu …tetapi abuyah suruh siap-siap pergi ke klinik,….tapi sebelum pergi ke klinik solat dulu….mase aq rase solat yg sangat seronok kerana mase tu aq solat sambil menangis…subhanallah…hanya ALLAH saja yg tahu kesakitan aq pada mase tu…
Sampai di klinik dresa tarus sapukan cerim penyejuk di bahagian badan ku yg melecur terbakar itu…mase tu bertapa nikmat dan nyaman apabila badan ku mula sejuk….aq ingat lepas dresa sapu cerim boleh balik…tapi x boleh balik lagi…aq kena dihantar ke hospital Kota Tinggi…ALLAH …dresa kate aq nak kena tahan kat wad….mase tu aq meraselan seperti menyusahkan ummi dan abuyah kalo aq kena masuk wad kerana nak ulang alik dari ruham ke hospital untuk jaga aq….
Masa aq di dalam ambulan hati kecil aq berdoa aga dipermudahkan segala urusan ku…ummi dan adik ku mememani aq ke hospital…dan ni pon pengalaman pertama aku dpt naik ambulan..huhuhuhu…(macam orang sakit teruk jek bunyinye) ,..sampai ke hospital aq di masukkan ke wad kecemasan…aq duduk di kerusi menunggu doktor memeriksa aq….doktor pon datang melihat kesan melecur itu…dan doktor memberitahu hampir 45%  badanku melecur jadi aq kene tahan di wad….mase tu rase berat hati nak bagi tahu ummi….selang beberapa minit doktor dating kepada aku  memberitahu bahawa aq sepatutnya kena masuk wad tetapi disebabkan wad penuh aq mendapat kelonggaran utk duduk di rumah….mase tu aq rase bersyukur sangat-sangat kepada ALLAH kerana permudahkan urusan ku…terima kasih ALLAH….
Setelah pulang daripada hospital aq terus balik ke rumah dan aq diberi cuti selama seminggu…dan sehingga sembuh….alhamdulilah…dan sekarang apabila aq melihat kesan melecur itu …aq akan teringat peristiwa ini…..kat sini aq dapat dua pengajaran…yang pertama jangan bermain dengan api kerana api kecik-kecik macam kawan tapi dah besar jadi lawan….dan yang kedua pengajarannya ialah aq sudah dapat merasai kepanasan api dunia yang sedikit ini yang tidak dapat menahan kesakitannya yang teramat sakit apatah lagi api neraka allah yang lagi dahsyat daripada api dunia ini…


Jadi sampai di sini sahaja yang dapat aq ceritakan pengalaman manis dan terindah…huhuh….sekian terima kasih....saya tinggalkan anda dengan serangkap pantun...
Dari Kedah ke pekan sari,

Beli suasa di Kota Tinggi;

Selesai sudah tugas diberi,

Di lain masa bersua lagi.

No comments:

Post a Comment