Sunday, 5 January 2014

KESUSAHAN ITU SATU NIKMAT....^_^

Hari sabtu hari tu kami bangun dgn semangat sekali.Nak tau tak kenapa???kami nak pergi beli basikal,haha seronok giler rasa.iya la selama ni kalau nak pergi kuliah mesti kena jalan kaki...dah nak tercabut rasanya kaki ni.Kami pergi naik van sbb nak survey kedai mana yang murah.Survey punya survey sampailah kami kat stesen bas Kuala Terengganu sebab Rasyidah and the geng's(Hana dan Tikha)*haha bajet ramai*nak beli tiket nak balik cuti Raya Cina nanti.
        Masa aku ngan Ada duduk kat stesen bas tu adalah sorang pak cik ni datang jual hiasan kat dinding yang dia buat sendiri.Sebelum dia datang kat kami dia dah cuba jual kat orang lain tapi x de orang pun beli.Jadi kami pun beli sebab nak tolong pak cik tu.Tiba-tiba aku jadi terpikir macam mana la pak cik tu nak sara keluarga dia dgn hanya kerja macam tu,lagi-lagi sekarang musim bukak sekolah.Berapa sangat la dia dapat dgn hanya jual benda tu.
     
    Aku jadi teringat kat mak ayah aku.Mesti dulu diorang susah macam ni juga nak besarkan kami adik beradik.Adik beradik aku semua sekali 9 orang,dan beza umur kami hanya 2 tahun setiap seorang.Mak ngan ayah aku bukanlah orang yang berpelajaran,mereka hanya buat kerja kampung untuk sara kami.Kalau time bukak sekolah macam ni,mesti mak pening pikir nak ambik duit kat mana nak buat belanja.Aku ingat lagi masa tahun 2003 masa tu 2 orang kakak ngan abang aku sekolah menengah dan empat orang sekolah rendah.Bayangkan masa tu 7 orang yang sekolah dan gaji mak ngan ayah aku x sampai pun 500.

     Tapi tuhan dah janji bahawa setiap anak ada rezeki diorang masing-masing.Walaupun x semewah orang lain tapi kami tetap boleh belajar macam biasa.Cumanya dulu setiap hari datang kelas,apa yang aku hadap ialah seorang cikgu kelas yang selalu mintak yuran.Aku ingat lagi masa darjah dua aku kena berdiri atas kerusi sebab aku sorang je yang tak bayar yuran...aku ingat muka cikgu tu..sekali ingat memang la geram,sebab aku bukan tak nak bayar tapi dah memang takde duit nak buat macammana.*mintak-mintaklah sekarang dah takde cikgu macam ni*.Kadang2 ada time aku taknak pergi sekolah sebab malu cikgu selalu mintak yuran.Akhirnya yuran aku dapat dibayar sebelum cuti akhir tahun,tu pun sbb bayar ansur2.Bila teringat balik rasa lawak la jugak sebab orang lain bayar yuran awal tahun ,aku akhir tahun baru bayar.


   Kadang-kadang pernah la jugak pergi sekolah dengan hanya diiringi doa ibu tanpa ada wang saku.Haha macam pantun pulak.Kadang-kadang balik sekolah lapar sebab kat sekolah tak makan ,tapi bila balik nasi ada ckit je.Dan pada ketika itulah mak aku memulakan tugasnya menyuap kami supaya semua dapat makan .Tapi mungkin disebabkan berkat suapan seorang ibu kami semua kenyang.Dan mungkin disebabkan dari dulu lagi mak aku suka menyuap,sampai sekarang pun kalau kami balik kat rumah dia still suka kami makan nasi yang dia suap walaupun kami dah besar dan abang aku dah umur 27 kot.


    Kan biasa kita dengar madah pujangga yang ada menyebut"kita minta mentari,tapi tuhan bagi hujan.... kita sedih!Tapi kita tak tahu bahawasanya tuhan nak bagi kita perkara yang lebih baik iaitu pelangi yang indah".Kisah hidup aku pun lebih kurang macam tu la jugak.Sekarang semua adik beradik aku dah besar dan boleh dikatakan berjaya dalam hidup mereka.Hidup kami pun dah kira ok la.Kak long aku sekarang dah jadi cikgu addmath kat MRSM Baling Kedah,abg aku pulak dah jadi engineer cari gali minyak kat Brunei,kak ngah aku dah jadi cikgu bi kat Labuan.Tiga orang termasuk aku sedang menuntut kat U.Seorang belajar kat USIM dan aku dengan kakak aku yang dah tahun akhir tu..belajar kat sini la... UMT.Adik aku yang tingkatan lima sekolah dekat SMK Hamzah (1),yang tingkatan dua pulak sekolah kat Sultan Alam Shah,Putrajaya.Dan adik bongsu aku yang dah masuk darjah enam tahun ni ,kira dia sorang je yang sekolah rendah.


   Amacam ramai tak adik beradik aku..haha.Mungkin disebabkan kami mengharungi susah senang bersama menyebabkan kami adik beradik agak rapat.Apa2 masalah kami akan kongsi bersama.Tapi sekarang diorang dah tinggal jauh,jadi time raya atau ada majlis je la kami dapat kumpul ramai2 macam kecik2 dulu. Mungkin itulah hikmah yang boleh aku dapat,walaupun susah tapi kami still boleh berkumpul bersama.Kadang2 aku rasa andai masa boleh diundur kembali aku nak balik pada masa lalu,dan mensyukuri nikmatNYA tanpa mengeluh tentang hidup.Selain itu,waktu dulu bukan sahaja meninggalkan memori manis pada aku,ia juga banyak mengajar aku tentang hidup Ok la ,kalu nak citer sampai bila pun tak habis.Setakat tu je la perkongsian kisah silam aku,kat bawah ni gambar family aku..semoga korang terhibur dengan citer aku,hahaha....bye.



                             

*KELUARGAKU SYURGAKU*

 BY : ~~~~~UK 30253~~~~~

No comments:

Post a Comment