Tuesday, 18 February 2014

SAHABAT

haaa! saya ade satu cerita yang nak di kongsikan ngan u ols semua... macam ni, saya ade beberapa orang sahabat yang saya sayangggg sangat haa. saya anggap dorang ni dah macam adik beradik saya sendiri. kami mula akrab sejak sem 1 lagi. merekalah tempat yang selalu sy kongsi masalah suka dan duka.

haa saya nak cerita satu persatu tentang sahabat saya nii.. hehe, dengar ekk. 
hmm.... first, sahabat saya yang sorang nii dia seorang yang ceria, periang, n happy go lucky. not lucky go tehah, k? hihihi . cuba korang teka siapa? hoho.. dia ni tinggi, kurus, peramah, n yang penting dia ni lawak.... mesti korang kenal kang? kalau dia ni terpilih masuk maharaja lawak kan, sayalah orang yg first undi dia. hahaha. *gelak jahat* . kalau dengan dia ni memang tak kering gusi lah.. ehh, lupa nak cakap macam mana saya kenal dia kan? gini, saya kenal dia mase MJM ritu.. *kalo tak silap saya 19 jun 2013*. saya satu group ngan minah ni haa. mula-mula dia yang tegur sy dengan loghat kelate yang terlalu pekat. honestly, first time sy kenal dia, saya tengok dia macam pelik jer... hihihi.. pernah saya terfikir yang dia ni betul ke tak? sebab,, dia terlalu peramah dan banyak mulut. hahahaha.. ehhh ehhh! cerita punya cerita, lupa nak mention nama dia. minah ni namanye Atikaf . dia ni lucu aww!

ehh ehh bukang minah tuu sorang jee sahabat saya, ade lagi ni haaa...
sambungan.....

nii dia, semek ni seorang yang hyperactive,berjilbab labuh, banyak mulut taya cerita lah. hahahahaa... semek ni pulak namanye Adda. dia ni saya kenal sejak sekolah menengah lagi, kami satu kelas pulak tuu. dia ni ade sedikit sikap kalut bila melakukan sesuatu kerja. tapi kadang-kadang tu, nampak macam comel jerr sikap kalut dia tuu. hihihi. *jangan marah* . takde ape nak di ceritakan sebenarnye.. so, redah jelaa.. hmm, *yawn!* . tu je yg dapat sy cerita pasal semek nii. hiuuuu. 

ade seorang lagi sahabat yang nak saya ceritakan niii,, agak-agak sape ekk??

hurmmm, *menguap lagi sekali* . sabar sabar.. pujuk hatiku.. mataku dah layu sebenarnye, tapi ku tekadkan hati nak habiskan cerita nii haa.. 

lagi sorang sahabat saya nii seorang yang happy go lucky jugak kot? hmm, dia nii cute jee haa. *perasan latuuu* hohoho. budak ni namanye Munirah. dia nii kalo ajak hangout selalu jee okay. bereh sokmo dia nii. kalo saya cerita nii memang tak habis lahh.. huhu. alaaa, mata ni memang dah tak boleh nak tahan nii haa. 

hmmm, izinkan saya undur diri dulu yaww. hahaaa . good night n sweet dreams. >.< muachh muachhh! o_O

Monday, 17 February 2014

Sabarlah Wahai Sahabat



Assalamulaikum... sahabat yang kami sayangi kerana redhanya sekalian,Ape kabar imanmu?? harap baik2 sahaja.. Sebelum mula membaca bingkisan hati kami warga macam comeljer95 ni, sama-samalah kita selawat dan salam  keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Sabar ? apa itu sabar.? erm..
SIFAT sabar sangat penting dididik dalam hati dan diri seseorang terutama apabila menghadapi ujian dan musibah. Dalam kehidupan, Allah akan sentiasa menguji kita, kerana ujian itu adalah untuk menilai sejauh mana kesabaran dan keimanan kita kepada-Nya.

Ramai manusia yang kecundang dengan ujian Allah kerana tiada sifat sabar. Begitu juga kerana tidak dapat mengawal diri daripada segala ujian dan pahit getir hidup dengan bersabar. Ujian Allah dalam pelbagai bentuk tidak mengira pangkat dan kedudukan. Apatah lagi bagi mereka yang beriman dan kuat beribadat.

Puasa di bulan Ramadan juga sedikit sebanyak mendidik sifat sabar dalam hati dan diri seseorang. Sabar daripada lapar dan dahaga sebagaimana yang dirasai golongan yang kurang bernasib baik. Begitu juga bersabar melakukan ibadat sunat sepanjang bulan mulia tersebut.

Dalam al-Quran terdapat 49 ayat yang menjelaskan dan menceritakan sifat kesabaran. Antaranya Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 153).

Orang yang beriman mestilah mendidik hati dan dirinya dengan sifat sabar yang dapat mengangkat dirinya ke arah ketakwaan. Melalui sifat sabar dalam amalan-amalan lain, terutamanya solat akan dapat mendekatkan diri seseorang dengan Allah.

Selanjutnya, Allah berfirman lagi: Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 155).

Jelaslah, orang-orang yang sabar dengan ujian Allah berkaitan dengan ujian ketakutan, kelaparan, cuaca panas, banjir, kekurangan harta dan jiwa akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah. Balasan tersebut merupakan pahala dan juga hikmah yang lain, yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Berkaitan dengan orang yang sabar Allah berfirman: Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir. (al-Anf'al: 66).

Cendekiawan Islam pernah menyatakan, kita jangan terlalu menginginkan semua berlangsung seperti yang kita kehendaki, tetapi sabarlah dengan kejadian yang berlangsung sebagai apa yang sudah berlangsung sehingga kita tetap tenang dan tenteram. Kita semua tidak berjaya mendapatkan apa yang kita sukai, melainkan kita bersabar pada perkara yang kita tidak senangi.

Bukti kesabaran Rasulullah SAW dalam tempoh 23 tahun baginda mengajak penyembah berhala, kaum Yahudi dan Nasrani kepada tauhid yang murni dengan dakwah yang mantap. Sifat sabar baginda menghadapi tuduhan, cacian dan tentangan akhirnya terbukti apabila orang musyrik masuk memeluk agama Allah dan menyanjung tinggi syiar Allah. Berkaitan dengan sifat sabar Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan." (riwayat Ath Thabrani dan Al Baihaqi).

Begitulah tingginya tahap sifat sabar dalam diri seseorang. Sementara rasa keyakinan adalah keseluruhan kepada keimanan seseorang. Dalam menjalani kehidupan sifat sabar dan yakin sangat penting bagi mencapai kejayaan sama ada dalam ujian, permasalahan hidup dan juga ketika menghadapi musibah.

Selanjutnya Nabi SAW mengingatkan dalam sabdanya: Sabar yang sebenarnya adalah sabar pada saat bermulanya musibah. (riwayat Al-Bukhari).


Sebagai manusia yang beriman, seharusnya tidak mudah tewas dengan apa juga ujian Allah. Sabar menerima ujian tidak mudah putus asa, tidak resah gelisah dan hilang sabar dengan sedikit kesulitan atau cabaran hidup biarpun ia menjanjikan sesuatu kejayaan dan kebaikan.



Belajar DIAM dari banyaknya BICARA,

Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,

Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,

Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN,

Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,

Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,

Belajar REDHA dari satu KETENTUAN
.. :)

KEM Lestari Diri




Kem Lestari Diri tu diadakan di Peladang Agro Resort Setiu kt Terengganu ni jer.. hehe..
Kt sana kami duk dalam chalet 2 tingkat dr atas kami blh tgk air kat bawah..
Kami duk sana 3 hari jer, kalu blh nk 5 hari ke seminggu ke lagi best.. hikhik.. 3 hari tu pun dh ok dah, free jer kot , hehe.. asal free semua 5 bintang lh..hahak..
Banyk aktiviti yg kami lakukan kat sana antaranya ialah 

permainan kt atas tu kami kene berdiri atas kertas mahjung, pahtuh kalu ade lebihn kertas faci2 akn koyak kertas tu jd kecik.. sy pun xphm sebenrnye permainan tuh.. hihi..

mase tu pulak kami main angkat botol gune tali tanpa mengikt dn hnye memegang hujung tali jer.. mcm mne tu?? hehe .. 


gmbr ats tu, masa kami sedang mendirikan batang paip hanya dengan menggunakan tali yg diberi oleh faci.. lame kot nk main permainan ni lebih satu jam.. huhu.. penat dah lh panas mase tu , tp best la.. game ni dpt mengeratkn lagi hubungn kami sesama diploma tau, hehe .. sy syg sahabat2 sy..muahh.. :*


dan game yg plg sy suke, hehe iaitu explorace.. game yg agk mencabar.. mencabar lh sgt, hehe..
explorace tu ade 4 check point, mase check point yg kedua tu lah game yg agak mencabar sebb kami kene minum TELUR+AIR SOYA+AIR 100 PLUS dan di kacau dgn tangan ketua kumpuln .. huhu .. byngkn .. dan semua ahli kumpuln termsuk ketua kene minum air tu.. korang rase sdp ke tak?? mestilh sedp..hihi ...      p sy xminum pun sbb xsempt nk telan keluar blik .. hihi.. sori sy mmg anti telur mentah, huhu..

Selain dr aktiviti2 tersebut bnyk lg aktiviti yang kami lakukan sebenrnye tp kalu nk tulis lm blog ni pnjng pulak, jd smpai sini jerlh kot alkisah nye.. tapi sebelum tu sy nk tunjuklh jugak faci2 yg sgt sporting, baik, caring and so on lh mase kt kem .. hehe.. 

ni lh faci2 kami.. kami SAYANG faci...







Sunday, 16 February 2014

Api...api...api...

Api oh api…..
Assalammualikum…dan salam sejahtera….kepada adik-adik, kakak-kakak, abang-abang  yang macam comel jer tu mai pakat baca cerita kawe ni….sebenarnya kawe dok tau nak cerita ape kerana terlalu banyak sangat cerita…huhuhu,…tetapi kawe nak cerita jugak mengenai pengalaman kawe sendiri yg bertajuk API OH API…..(kawe=aku)
Mai pakat bace…huhuhu
Peristiwa barlaku lapan tahun yg lalu semasa aq berumur 12 tahun darjah enam ….aq ingat lagi masa tu 10 muharam kerana ummi dan abuyah berpuasa 10 muharam…dan mase tu aq baru pulang melawat kakak aq di asrama smka Bandar Penawar….
Cerita bermula begini, selepas pulang drp melawat kakak di asrama, aq melihat banyak daun yg gugur di depan  halaman umah aq….aq ni jenis yg tak boleh tengok sampah sikit almaklumlah pembersih orangnye…huhuhuhu….jadi aq pon sapu sampah tu walaupon daun kering tu basah baru lepas hujan gerimis …  aq pon kumpulkan sampah tu..dan aq bakar ia ….aq bakar punye bakar x hidup-hidup apinye….lepas tu aq naik ke umah aq ternampak satu tin yg berisi minyak yang sedikit…aq pon x tau minyak ape tu…lalu aq terus membawa turun minyak itu dan tanpa berfikir panjang aq cangkung dan aq terus tuangkan minyak tu kat sampah…mase tu tidak ade api kat daun kering tu.
Tiba-tiba …..ALLAHHH…api keluar tapi terlalu besar dan menagkap ku…..aq terkejut lalu aq belari naik ke umah…dan aq merasakan badanku panas ….apabila aq melihat baju ade api….ALLAHHH….aq mule2 rase nak redha terbakar pon terbakarla….akhirnya aq ambil keputusan untuk bukak baju…akhirnya aq berjaya….aq rase macam bermimpi di petang hari dan aq sangat bersyukur kerana aq masih hidup….selepas aq bukak baju aq merasa belakang badan dan tangan kanan aq merasa kebas….serta panas…biasalah api sifatnya adalah panas….jadi aq cari air yg abuyah buat tadahan hujan….aq lalukan air ditempat yg rase panas…sebab aq x dapat melihat kesan drp terbakar kerana belakang badan…(mase tu aq tak nangis dan dapat menenangkan diri) huhuhu…
Akhirnye aq ambik keputusan utk masuk rumah kerana hari senja..dan waktu berbuka puasa dah nak masuk…aq pon masuk dengan senyap-senyap dan dengan tenangnya macam takde ape-ape berlaku…mase tu takut jugak nak bagi tahu ummi dan abuyah…selagi boleh tahan aq tahan ..(orang kuat)…huhuhu….dan  mase tu ummi dan abuyah nak berbuka puasa, jadi aq x nak ganggulah ummi dan abuyah nak berbuka puasa  …
Aq merasa badan ku makin panas….jadi aq ambik keputusan untuk mandi….aq pon mandi…aq lame jugak aq mandi sebab nak nak sejukkan badan yg panas ni…selepas mandi aq terus ke ruang tamu dan duduk bawah kipas utk sejukkan badan kerana aq rase badan ku semakin panas…selepas itu aq seperti tidak dapat tahan kesakitan dan aq menyuruh adik ku memanggil ummi…lalu ummi datang….ummi pon terperanjat…subhanallah…dan ummi panggil abuyah….mase tu aq dah takut dah….takut kene marah …huhuhu …tetapi abuyah suruh siap-siap pergi ke klinik,….tapi sebelum pergi ke klinik solat dulu….mase aq rase solat yg sangat seronok kerana mase tu aq solat sambil menangis…subhanallah…hanya ALLAH saja yg tahu kesakitan aq pada mase tu…
Sampai di klinik dresa tarus sapukan cerim penyejuk di bahagian badan ku yg melecur terbakar itu…mase tu bertapa nikmat dan nyaman apabila badan ku mula sejuk….aq ingat lepas dresa sapu cerim boleh balik…tapi x boleh balik lagi…aq kena dihantar ke hospital Kota Tinggi…ALLAH …dresa kate aq nak kena tahan kat wad….mase tu aq meraselan seperti menyusahkan ummi dan abuyah kalo aq kena masuk wad kerana nak ulang alik dari ruham ke hospital untuk jaga aq….
Masa aq di dalam ambulan hati kecil aq berdoa aga dipermudahkan segala urusan ku…ummi dan adik ku mememani aq ke hospital…dan ni pon pengalaman pertama aku dpt naik ambulan..huhuhuhu…(macam orang sakit teruk jek bunyinye) ,..sampai ke hospital aq di masukkan ke wad kecemasan…aq duduk di kerusi menunggu doktor memeriksa aq….doktor pon datang melihat kesan melecur itu…dan doktor memberitahu hampir 45%  badanku melecur jadi aq kene tahan di wad….mase tu rase berat hati nak bagi tahu ummi….selang beberapa minit doktor dating kepada aku  memberitahu bahawa aq sepatutnya kena masuk wad tetapi disebabkan wad penuh aq mendapat kelonggaran utk duduk di rumah….mase tu aq rase bersyukur sangat-sangat kepada ALLAH kerana permudahkan urusan ku…terima kasih ALLAH….
Setelah pulang daripada hospital aq terus balik ke rumah dan aq diberi cuti selama seminggu…dan sehingga sembuh….alhamdulilah…dan sekarang apabila aq melihat kesan melecur itu …aq akan teringat peristiwa ini…..kat sini aq dapat dua pengajaran…yang pertama jangan bermain dengan api kerana api kecik-kecik macam kawan tapi dah besar jadi lawan….dan yang kedua pengajarannya ialah aq sudah dapat merasai kepanasan api dunia yang sedikit ini yang tidak dapat menahan kesakitannya yang teramat sakit apatah lagi api neraka allah yang lagi dahsyat daripada api dunia ini…


Jadi sampai di sini sahaja yang dapat aq ceritakan pengalaman manis dan terindah…huhuh….sekian terima kasih....saya tinggalkan anda dengan serangkap pantun...
Dari Kedah ke pekan sari,

Beli suasa di Kota Tinggi;

Selesai sudah tugas diberi,

Di lain masa bersua lagi.

Tuesday, 11 February 2014

Titik Permulaan Dalam Hidupku .....

Assalamualaikum w.b.t..
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah mengizinkan saya memenuhi ruangan entri ni ..

"Titik Permulaan Dalam Hidupku " .. ape perspektif utama korang bile tgok tjuk ni ..hmmm *no komen* ..
Ok-2 sbnarnye camni saya nak kongsi kisah penghijrahan dalam hidup saya untuk menjadi insan yang lebih baik *In Sha Allah* ..

Pakaian membalut aurat..Berbaju ketat, seluar sendat , tudung kejap pakai , kejap x itulah pakaian saya sehari-2.. betapa jahil nya diri saya nieyy .. Peredaran zaman membuatkan saya lalai..lalai dalam segala galanya...betapa bodohnya saya masa tu.. *bodo sesangat*  nak kate pengaruh kawan tu x lah.. mungkin dsbbkan keinginan diri saya yang membuak-2

Pada tanggal 19 Jun 2013 saya telah mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Terengganu.. hepy sesangat mase tu.. tepi terdetik jugak kat ati ni bimbang..bimbang terpengaruh dgn kawan-2 yang xsepatut nye *paham-2 sendiri la* tapi saya bersyukur sangat sebab roomate-2 saya xsama langsung dgn ape yang saya sangka .. :) Tapi ape yang membuatkan saya malu sesangat ialah keadaan diri saya yang jauh berbeza dengan diorang.. Yang mana mereka sempurna dalam mnutup aurat mnakala saya ni hanya sekadar membalut aurat.. Sedangkan aurat perempuan tu memng kena jage , bukan memakai tudung semata-2 .. Saat tu memang terpaksa tebalkan muka *maluuuu*

Di awal perkenalan kiteorang , semuanya baik-2 .. saya sedikit sebanyak mempelajari ttang aurat dan sewaktu dengannya.. ape yang saya suka , mereka langsung x mmandang serong orang mcam saya.. namun saya tetap dengan pakaian yang hanya membalut aurat saya.. pada satu ketika tu, saya mula memakai baju-2 labuh walaupun x selalu *pinjam diorang punya* jujur dari hati memang semua orang mengimpikan untuk menutup aurat dengan sempurna right ?? :)

Kadang-2 ada jugak perasaan "jeles" menyelubungi diri saya.. tapi mungkin masa tu saya masih lagi xsedar.. Ada satu hari dalam kelas sy borak-2 kosong dgn salah sorang kawan saya *nama dirahsiakan* :3
Sebenarnye saya pun xpasti saya borak pasal ape... tapi ape yang saya ingat lah saya ada bgitahu dia 'mungkin xsampai seru lagi saya nak berhijrah' *bertudung labuh , berbaju longgar n etc.. kire tutup aurat la*  then dia balas 'hidayah tu kita kena cari , nak tunggu seru smpai bila lagi ajal kite xtahu bile' <---( lebih kurang mcam ni la kot , sorry klau salah hihi) sentap  saya dengan ayat die ..

Perkara pertama saya buat, deactived pesbuk saya yang selama  ni mmpunyai  beratus-2 gambar yang x sepatutnye ditontoni umum...Bayangkan dosa kite sentiasa bertambah xkire waktu..*xtkut kee??*Mungkin kite x prasan slama ni..Bangga dengan friendlist,folllower yang beribu-2 .. Tapi kalau kite prasan tu semua hanya keseronokan dunia semata-2.. Saya mula terpikir Kalau saya masih dengan akaun pesbuk tu ,saya bimbang saya xsempat nak delete semua gambar andai ajal saya sudah tiba..Masa tu saya takut sangat..*xdapat nak gambarkan* betapa banyak nye dosa saya ...  Tapi dalam masa yang sama saya pun mula berubah slow-2 .. daripada kejap pakai tudung , kejap tak ..saya mula memakai tudung tapi baju mmbalut aurat saya tu tetap saya tak tinggalkan..*masih lagi pakai* Lama kelamaan prasaan ingin berubah hadir dalam jiwa saya..saya mula dengan prkara basic cthnye saya mula pakai stokin(kaki tu aurat tau) ..

Then, Saya mula memakai tudung labuh *tapi tak sepenuhnya lah*.. Pada pagi sabtu yang indah (lupa hari ape) kiteorang excited ssangat sbb nak p beli beskal .. Saya pun buat kputusan pakai tudung labuh.. selesa hanya ALLAH yang tahu.. pada malam tersebut saya brbincang dgn kawan-2 saya..mereka banyak memberi semangat..Beri sokongan ... Air mata menitis juga pada malam tu...

Buat pertama kali, keesokan harinya saya ke kelas memakai tudung labuh...Bnyak cabaran yg saya terpaksa hadapi.. ' atas bawah , atas bawah ' orang tgok sya. saya pun x pasti knp ..salahkah saya berpakaian sperti ini??? tapi saya xpeduli pun .. orang nak cakap ape pun , cakap lah.. mulut manusia kita x boleh nak tutup right??

Perasaan saya bercampur baur sedih + gembira macam-2 ada lahh*tagline astro* hehehe... dengan semangat daripada kawan-2 saya berjaya menutup aurat dengan sempurna *In Sha Allah, harap-2 mcmtulah* Korang nak tau x macam mane best nye bile kite mnutup aurat jika nak dibandingkan dengan mmbalut aurat tu?? Jauhhh perbezaan nye , xdapat nak diungkapkan dngan kata-2 .. Saya mula rasa diri saya dihormati :) ... Da xde org laki nak kacau-2 hihi *suke-2*

Ape yang bestt nye kawan-2 semua support saya..macam-2 diorang bagi.. baju muslimah, tudung labuh, tudung *tq yee kawan-2* nak tgok gambar?? hmmm xyah la kot hihi ...


Selain daripada sokongan kawan-2 abah n ma saya pun penyebab why sy nak berubah ... bayangkan abah saya terpaksa tanggung dosa saya selama ni ..*Ya Allah Ampunkan Segala Dosa Hamba* betapa teruknya saya membiarkan  abah saya tanggung dosa-2 saya.. korang nak ke bapak korang tanggung dosa korang?? mesti xnak kan..so jomlah kite berusaha menggapai redha ilahi .. :)

Alhamdulillah hingga harini saya masih lagi istiqamah..Moga perubahan saya ini bertahan hingga nafas terakhir saya.. In Sha Allah Aminnn...

Buat kawan-2 yang ingin melakukan perubahan tu , sekali terdetik jee dihati terus lakukan perubahan sebab hidayah takkan datang bila-2 masa kita nak .. pedulikan ape yang orang lain cakap sebab ni between us with  ALLAH  bukan dgn diorang.. 'AURAT KITA,MARUAH KITA' Jom Ubah !! :)


TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA !

                                                           *contoh pemakaian yang sempurna*



                                                   *nampak simple tapi tulah hakikatnye*







                                                                           *girlsss*

Semoga ketemu lagi ... Assalamualaikum w.b.t.

Sunday, 9 February 2014

MUSLIMAH

Oh Muslimah ....?



aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk membaca dan mentabburi al-qur'an
aq sibuk mendengarkan lagu picisan yang tak membuat qu makin dekat dengan-Nya

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk menambah hafalan ayat-ayat cinta Allah
aku malah asik mengahafal lagu-lagu yang melalaikan ku dari-Nya

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain makin memanjangkan jilbabnya
aku malah merasa risih dengan jilbab yang terlalu panjang

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk menuntut ilmu-Nya
aku malah sibuk dengan urusan dunia yang membuat jarak dengan-Nya

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain malu untuk menampakkan wajah dan fotonya
aku malah sibuk meng-upload foto-foto agar bisa dilihat semua orang

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain berusaha menundukkan pandangannya
aku sibuk memperhatikan ketampanan wajah yang bukan mahram ku

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain menjaga hubungan dan jarak dengan lawan jenisnya
aku malah terbiasa duduk berdekatan dengan pria

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain berkata dan berbincang tentang hal yang bermanfaat
aku senang membicarakan aib dan kejelekan orang lain

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain menjaga kata-katanya dengan baik
aku terlalu sering menyakiti hati orang lain dengan lisan ku

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain belajar untuk terus mempercantik hati dan akhlaknya
aku lebih asik memperhatikan fisik diri ku saja

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain senang berpuasa sunnah
aku lebih memilih selalu mengenyangkan perut ku

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain bangun di sepertiga malam untuk bermunajat pada-Nya
aku lebih memilih berselimut dan tidur sepuasnya

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk untuk berdakwah di jalan-Nya
aku lebih memilih santai dan menonton tv di rumah

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk ingin mendapat ridho dan cinta-Nya
aku malah sibuk ingin mendapat sanjungan dan cinta makhluk-Nya saja

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain gelisah di saat imannya menurun
aku malah semakin lalai dengan dunia

aku memang bukan muslimah yang baik

namun, aku berharap bisa menjadi seperti muslimah lain yang istiqomah berjuang untuk mendapatkan cinta-NyaYa Rabb ampuni muslimah yang tidak baik ini.
semoga Engkau senantiasa membimbing muslimah yang tidak baik ini agar menjadi lebih baik di hadapan-Mu... amin...

Thursday, 6 February 2014

"KENAPA"

Menjawab persoalan 'kenapa?':

kenapa ramai yang tak tutup aurat walaupun tahu tutup aurat tu wajib?

'sebenarnya yg buta bukan mata yg ada kepala, tetapi hati yg ada di dalam dada
Al-Hajj:46

'sesungguhnya telah kami sediakan penghuni neraka itu jin dan manusia.Mereka mempunyai hati tetapi mereka tidak mempergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat, menghayati tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk memperdengarkan ayat Allah. Mereka tidak ubahnya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka orang-orang yang alpa.
Al-A'raf:179'

'Mereka lebih senang berada dalam bersama orang-orang yang ada di garis belakang, kerana itu tuhan menutup hati mereka, sehingga mereka tidak mengerti kebaikan beriman dan berjihad.
At-Taubah:87

'Sebab Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka sedangkan pada penglihatannya ada pula tutupan.Untuk mereka disediakan siksaan yang amat berat.
AL-Baqarah:7'

'dan kerana ucapan mereka yg mengatakan "hati kami telah tertutup!".sebenarnya Allahlah yg menutup hati mereka kerana kekafirannya itu.Karena itu mereka tidak akn beriman kecuali beberapa orang sahaja.
An-Nisa:155'

'Apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran atau hati merekakah yang terkunci?
Muhammad:24'

Allahu Rabbi, jangan engkau biarkan hati-hati kami terkunci

#HAKIKATNYA ALLAH TELAH MENJAWAB SEGALA PERSOALAN KAMU DI DALAM AL-QURAN.

kita seharusnya peka dengan cara kita menutup aurat samaada mengikut syariat islam ataupun tidak..ada sesetengah wanita yang berpendapat bahawa dengan menutup kepala dan seluruh tubuh dah dikira tutup aurat..sedangkan pendapat itu tidak tepat sekali kerana menutup aurat seperti membalut aurat tidak dibenarkan dalam islam..sebagai contoh,tudung sekrang makin hari makin singkat walaupun dah 3 layer,,bju plak makin mgikut pengaruh dr barat..sedangkan yang mengikut syariat islam,menutup aurat yang sempurna itu apabila pakaiannya dapat buat sembahyang dan beribadah kepada Allah.,

namun jangn plak kita fikir bahawa dgn menutup aurat dah sempurna akan menjamin masuk syurga..sebab kita juga harus melaksanakn perintah Allah yg lain juga..dengan menutup aurat saja xjamin dosa kita akan terampun..jd dgn itu sentiasa lah meminta ampun dan berdoa kepada Allah agr kita dpat meningkatkan kulaliti dan kuantiti iman kita....sedikit nasihat ini adlh untuk muhasabah diri sendiri agr x terleka ketika dgn kehidupan duniawi...
 
Wassalam:)